Fesyen jenis apa ni ?

Assalamualaikum..Sekarang ni banyak fesyen seperti kat atas ni..Teruk betul lah.Tiru gaya mana punya ni ? Tak senonoh ! ISh3
Best ka tunjuk susuk badan kita? Boleh membawa padah dan dapat dosa lagi ada la.BukAn dapat kebaikan pun.Ubahlah fesyen.

Haram tahu tak pakai pakaian yang ketat dan menampakkan susuk tubuh..


1-Menyerupai orang kafir
Dari Abu Syuaib RA,Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidak termasuk golongan kami orang yang meniru selain kami, jangan lah kamu meniru orang Yahudi dan Nasrani"
(HR Tirmizi, diHasankan oleh al-Albani)


2-Berdandan seperti orang Musyrik
Umar RA berkata
"Dan jauhkanlah dirimu dari bersenang-senang dan meniru model dan gaya orang musyrik"
HR Muslim
Nota :Mengalungkan kalimat "Allah" di leher,hal ini meniru orang Nasrani menggantungkan salib di lehernya atau berbaju batik atau yang lain yang terdapat gambar salib namun tersamar


3-Meniru gaya orang asing
Umar RA berkata :"Dan jauhkan dirimu dari model orang asing dan pola hidup mereka(Musnad Abdulrozzah 11/85)
Nota : Wanita menyanggul rambut di atas kepalanya atau di belakang kepalanya/disambung pula dengan rambut lain(rambut palsu),mengenakan baju yang yang bergambar makhluk hidup.
Lelaki menyimpan sehelai rambut atau mencukur rambut sebahagian dan menyimpan sebahagiannya


4-Berlagak sombong
Dari Abu Hurairah RA Rasululllah SAW bersabda
"Ada tiga kelompok yang Allah tidak mengajak mereka berbicara pada hari kiamat dan tidak pula membersihkan dosa mereka dan tidak mahu melihat mereka dan bagi mereka mereka seksa yang amat pedih, iaitu orang tua yang berzina ,raja pembohong dan orang miskin yang sombong" (HR Muslim)
Nota:Orang zaman sekarang yang suka meminjam/menyewa aneka macam perhiasan dan pakaian orang kaya,supaya tidak nampak seperti orang miskin.
"Biar papa asal bergaya"


5-Bergaya untuk mencari kelainan
Dari Ibnu Umar RA Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa berpakaian orang popular didunia, maka Allah akan mengenakan baginya pakaian yang hina pada hari kiamat lalu dinyalakan api didalamnya"
(HR Abu Dawud di Hasankan oleh Al-Albani)


Ubahlah fesyen kita yang salah disisi agama ..

Syukran Jazilan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...