Sejauh Mana Keredhaan Kita?



Assalamualaikum .



Hidup didunia ini penuh dengan ujian.Allah menguji setiap hambanya dengan pelbagai jenis ujian.Janganlah kita merungut dengan ujian yang diterima.Terimalah dengan redha.


Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.


Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira,bahawa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman,sedangkan mereka belum diuji oleh Allah SWT."

Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi SAW,"Ya Rasulullah,siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"..Lalu jawab Rasulullah SAW,"Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul,kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin"

Artikel dari iluvislam

Syukran Jazilan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...