Kisah Wanita Tua Zaman Nabi,Berulang Di Amerika Syarikat



Assalamualaikum.

Hari ini Anuar ada entry baru.Baru nak ada entry terbaru kan.Malas nak menaip sebenarnya.Kawan Anuar ada jugak yang tengah menunggu entry baru dalam belog Anuar.Sekarang ni dh ada.Jangan Lupa baca yaa !!

Masih i
ngat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi.

 Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital.

 Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.
Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya.

 Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.Apabila dibacakan wasiat,perempuan tua Yahudi itu menyerahkan segala hartanya kepada warga Sudan tersebut.

Hidayah Hanya Allah YAng Beri Kepada Sesiapa YAng Dikehendaki,
Kita Cuma Boleh Ketuk Pintu Hidayah.


Syukran Jazilan.

7 comments:

MeowMeow said...

hebat ! :')

Uwais Al-Qarni said...

terbaekk !!

Boboi Boy said...

Hehe.Copy paste je ni.Nk berkongsi.

Uwais Al-Qarni said...

sharing is caring ^ _ ^

Unknown said...

ya allah hebatnya kuasaNya, dia berbuat baik pada nenek tua tu akhri skali dibalas dgn wasiat harta dia.. nikmat lah rezeki org sudan tu..

Boboi Boy said...

tu lah.rezeki dia.perbuatan baik dibalas baik :)

iffahood said...

Hahaks , copypaste pun copypaste lah ! Asalkan ilmu yang dicurahkan berkat dan bermakna .. Berkata Rasulullah tentang orang yang berilmu mengamalkannya kepada org lain, maka pahalanya curah-mencurah selama mana dia masih hidup dan orang yang mengamalkan apa yang diajarinya. Lantas apabila anak muridnya menyebarkan ilmu kepada golongan seterusnya .. Wah, banyak betul pahala yang dia dapat ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...