Malunya Ber-Facebook Di Padang Mahsyar



Assalamualaikum.

Malam ni Anuar nak menaip tentang apa yang Anuar baca dalam buku Offline Dengan Syaitan.Buku ni menjelaskan kepada kita tentang siapakah musuh kita yang sebenar serta bagaimana mengalahkannya.Menarik jugak buku ni.Jangan Lupa Beli.Hehe .

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah menciptakan kita dalam agama Islam.Thanks To Allah yang telah memberi kesihatan yang baik.Buat Masa ni Facebook antara laman sosial teratas dan popular dalam kalangan pengguna internet bagi bersosial.

Akan datang,barangkali muncul sesuatu yang lebih canggih,lebih popular dan lebih hebat kegunaannya.Siapa pun tidak dapat memastikannya dengan tepat.Dalam dunia Facebook,rangkaian ahli keluarga dan teman dapat dibuat dengan begitu cekap.

Didalamnya pengguna baga boleh sapa-menyapa,tegur menegur dan bergurau senda.Namun,dapatkah berpeluang bergurau senda di Padang Mahsyar? Di dalamnya juga ada ruang bagi menyatakan pendapat,meluah rasa dan membuat hebahan.Kemudian dikomen pulaoleh pengguna yang lain.

Apabila berita kejayaan dikongsi,ada pula yang mengucapkan tahniah sehingga berganda-ganda.Tidak kurang pula terasa hasad dengki dan cemburu sehingga pergadohan sesama Islam terjadi.Astagfirullah.

Namun Pastikah Kejayaan Diraih Di Padang Mahsyar?

Ada juga yang cuba berkongsi duka da masalah di alam siber.Lazimnya ia dibuat secara peribadi supaya tidak diketahui oleh ramai orang.Mesej dititipkan kepada seseorang dengan harapan rasa duka dapat dilunturkan sementara rasa bahagia dapat digilap dan diserlahkan.

Namun,Siapakah Yang Dapat Dirujuk Di Padang Mahsyar Bagi Meluah Rasa Duka Dan Berkongsi Masalah?

Disana semua sibuk dengan hal masing-masing.Ibu yang dulunya penyayang sibuk dengan halnya sendiri.tidak dapat membantu anaknya yang sedang bermasalah.Ternyata di Padang Mahsyar yang mengumpulkan seluruh manusia itu bukanlah wahana terbaik bagi menjejak kasih sebagai Facebook yang mampu menjejak kasih,menemukan sahabat lama malah sanak saudara yang sudah terpisah sekian lama.

Dalam surah Yaasin digambarkan manusia yang menyoal,
"Siapakah Yang Mebangkitkan Aku?"

Hal ini terjadi sesudah Israfil meniup sangkakala kedua.Sewaktu dihidupkan kembali,ada yang gementar duka nestapa dan ada yang ceria gembira.Sekian dari Anuar.Semoga kita saling mendoakan supaya mati dalam iman.

Syukran Jazilan.

4 comments:

namaku iffah said...

Tersentuh hati ana membaca entri ini. Masya-Allah , golongkanlah aku di dalam golongan orang yang beriman ya Allah .. Amiin amiin ya Rabb

Boboi Boy said...

:) Banyakkan berdoa supaya nanti kita manusia mati dalam keadaan beriman

namaku iffah said...

Benar kata anta.
Ana teringat satu ayat Allah ,"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata." (QS Al-Baqarah 2:208) .. Semoga kita berada di dalam golongan kanan , Insya-Allah . Amiin ya Rabb :)

Boboi Boy said...

Ya.Pandai dia kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...