1-0 untuk Barcelona



Freekick Xavi Hernandez membantu Barcelona untuk mengatasi Granada 1-0..Tahniah ..


MADRID: Jaringan sepakan percuma Xavi Hernandez membolehkan Barcelona kembali menerajui La Liga awal pagi semalam apabila mereka terpaksa berhempas-pulas untuk menumpaskan Granada yang beraksi dengan sembilan pemain 1-0 bagi melebarkan rekod tanpa bolos kepada tujuh perlawanan.
Levante dan Real Madrid berpeluang untuk merampas kembali kedudukan teratas awal pagi ini selepas Barca melepaskan kelebihan mereka di tangga teratas liga hujung minggu lalu apabila seri tanpa jaringan di laman sendiri kepada Sevilla.

Jurulatih Barca, Pep Guardiola merehatkan Andres Iniesta dan David Villa manakala pemain muda Juan Cuenca diberi peluang membuat penampilan pertama di bahagian serangan. Pasukan pelawat mendominasi permainan sejak awal hingga tamat namun seperti apa yang berlaku ketika menentang Sevilla, mereka bergelut untuk menjaringkan gol.



Lionel Messi dan Pedro Rodriguez hampir menyumbat gol sebelum Xavi Hernandez melepaskan sepakan percuma yang menarik menerjah ke penjuru gawang pada minit ke-32.

Pada awal babak kedua, pemain Granada, Jaime Romero diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua namun Barca masih gagal menamatkan permainan itu dengan gol kedua.


Barisan pertahanan Barca bagaimanapun terus mencipta rekod apabila mereka kini tidak melepaskan sebarang gol lebih sebulan.





Pada masa kecederaan, Daniel Benitez juga dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.






Guardiola berkata, keletihan menjadi penyebab anak buahnya gagal mempamerkan serangan yang berkesan.

“Kami tidak menyusun pergerakan dengan cepat dan kami berusaha untuk menguasai permainan namun inilah akibatnya apabila anda bermain banyak perlawanan,” kata Guardiola.

“Dengan jaringan 1-0 apa saja boleh berlaku. Sebarang kesilapan menentang pasukan yang beraksi pantas seperti Granada boleh membawa padah.” - AFP



Walaupun kemenangan 1-0 ,kemenangan tersebut amat bermakna.Bersyukur lah dapat jugak menang.


Syukran Jazilan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...