10 Gangguan Syaitan Dalam Solat

Assalamualaikum dan selamat membaca .
Jom kita tengok sedikit info yang hendak Anuar sampaikan ni.


10 gangguan syaitan dalam solat 


1.WAS-WAS DISAAT HENDAK MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM
  Saat mulai membaca takbiratul ihram,ia ragu-ragu adakah takbir yang dilakukannya itu sah atau tidak sah.Sehingga ia langsung mengulanginya membaca takbir.Perkara itu terus berulang sehingaa tertinggal satu rakaat.
Ibnu Qayyim berkata:"Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci)berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat".Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2.LUPA JUMLAH RAKKAT YANG TELAH DIKERJAKAN
Abu Hurairah r.a berkata,"Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Jika salah seorang dari kalian shalat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang telah ia kerjakan.Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu,hendaklah ia sujud dua kali(sujud sahwi)saat ia masih duduk dan sebelum salam,setelah itu baru mengucapkan salam"
(HR Bukhari dan MUSLIM)


3.TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT
Sahabat Rasulullah SAW iaitu UTsman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu:
"Wahai Rasulullah,sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau".Rasulullah SAW menjawab,"Itulah syaitan yang disebut dengan KHinzib.
Apabila kamu merasakan kehadirannya,maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT.Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
(HR.Muslim)


4.HADIRNYA PIKIRA YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI
Abu Hurairah r.a berkata:"Rasulullah SAW bersabda,"Apabila dikumandangkan azan solat,syaitan akan berlaru seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut.Apabila muadzin telah selesai azan,ia kembali lagi.Dan jika iqamat dikumandangkan,ia berlari.Apabila telah selesai iqamat dia kembali lagi.Ia Akan selalu bersama orang yang solat  seraya berkata kepadanya:"Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!",sehinggan orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"(HR BUKHARI)


5.TERGEESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT
Ibnul Qayyim berkata:"Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan,kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati,tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.Tergesa-gesa muncul kerana dua prilaku buruk,iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya",


Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa,maka cara pelaksanaannya-asal mengerjakan solat,asal selesai,jadi..Tidak ada ketengan.


Pada Zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tegesa-gesa..Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulangi lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah..


Rasulullah bersabda kepada orang tersebut:
"Apabila kamu solat,bertakbirlah.Lalu bacalah dari Al-Qura yang mudah bagimu,lalu ruku' sampai kamu tegak berdiri,kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
(HR BUKHARI dan MUSLIM)


6.MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud.Ia membolak-balikkannya .Melihat hal itu,maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat."Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan.Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW".Orang tersebut bertanya:"Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud."Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW,"Kata Ibnu Umar.
(HR-Tarmidzi)


7.MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT
Dengan sedar atau tidak,seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan,itulah akibat godaan syaitan penggoda.Kerana itu,setelah takbiratul ihram.pusatkan pandangan pada satu titik.Iaitu tempat sujud.Sehinga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan .


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah  r.a,ia berkata:"Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat."Rasulullah SAW menjawab,"Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
(HR Bukhari)


8.MENGUAP DAN MENGANTUK
Rasulullah SAW bersabda:"Menguap ketika solat itu dari syaitan.Kerana itu bila kalian ingin menguap,maka tahanlah sebisa mungkin"(HR Bukhari dan Muslim)


9.BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT
Syaitan ingin mengganggu kekusyukka solat dengan bersin,sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud:"Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
(Riwayat Thabrani)

10.TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR



Rasulullah SAW bersabda:"Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak,maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara(keluarnya angin) atau mencium baunya"
(HR Muslim)


Berhatilah-hatilah dengan gangguan syaitan..


Syukran Jazilan.

2 comments:

dokistory said...

gud info n will practice :)

Boboi Boy said...

Ya bagus tu :) Insyaallah boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...