Beza Solat Dan Sembahyang


Assalamualaikum umat Islam sekalian..
Malam nieh Anuar kgsikan ilmu sikit..Tk tau nk cita pa dlm belog nieh,so Anuar pon amek kesempatan tok cita dan kgsikan ilmu nieh..Satu ilmu yg amat berguna kepada umat Islam...Anuar artikel nieh dkt belog orang ja..Belog Islam punya..Maklumlah,Anuar bkn mahir sangat dlm dunia agama nieh..

Daripada Anuar bukak dok saja kt dlm internet yg penuh dgn maksiat nieh,lebih baek kita melayari dan mencari ilmu-ilmu tentang agama..Tentang perkara agama yg kita tk tahu dan perlu kita tahu..Yg ptot kita pelajari dan amalkan..So,Anuar pon bukak la belog apa tk tw..Lupa dh link dy..Lmn web 2 kebanyakan cita pasai agama Islam lah..Selalu gk sy bukak belog 2..Nk cri ilmu..
K lh..Tnpa membuang masa,jom Anuar nk kgsi ilmu sikit..

Ilmu nieh berkaitan dgn perkataan :)

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai“menyembah berhala yang bernama Hyang.” 

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datangke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang”merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.” Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka.

Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh, kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.

Solat lebih tepat istilahnya Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. 

Setakat nieh je lah ..

#Sebarkan kepada umat islam yg lain#

Syukran Jazilan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...