Cara-cara untuk Jadi Pendakwah Agama terkenal

Assalamualaikum :)
Hari nieh tk tw nk cita psai apa..Jadi Anuar search dlm internet lah pasai agama,tgk2 jumpa bnda bermanfaat nieh..Sayeee nk kgsikn skit lh kt org yg tingin ..Yg dh tw 2 boleh la tgk sekali lagi tkot lupa..Yg belom lgi dialu-alukan :)
Kalau korang mempunyai bakat terpendam seperti boleh memberi ceramah agama, tapi takde peluang, mesti korang rasa kecewa kan? Ilmu tu ada. Dalil pun dah hafal banyak. Karisma pun mantap. Cara bercakap pun hebat. Tapi bakat korang dipandang sepi oleh masyarakat sekeliling kerana korang bukanlah seorang ustaz atau ustazah.

Kali ni aku nak bagi sikit tips macam mana nak jadi seorang penceramah agama yang hebat dan terkenal.

1. Peringkat pertama, korang perlu jadi artis. Tak kisahlah jadi artis yang berlakon atau yang menyanyi. Yang penting, bukan artis yang lukis-lukis ye!

2. Semasa korang jadi artis, banyakkan buat kontroversi seperti memakai pakaian tidak menutup aurat, bergaul bebas, dan macam-macam maksiat lagi.

3. Buat maksiat ni dalam tempoh yang agak lama agar nama korang meletup. Itu pun kalau korang yakin korang hidup lama lagi.

4. Selepas puas membuat maksiat, buat kenyataan di media bahawa anda sudah insaf dan ingin bertaubat. Senang cerita, ingin kembali ke pangkuan jalan. Buat maksiat ni tak menenangkan hati! Nikmatnya hanya sementara beb!

5. Lepas tu, anda nyatakan pada media, korang ingin berdakwah setelah puas menjadi artis.

6. Insya Allah korang akan jadi pendakwah yang terkenal dan sering dijemput untuk memberikan ceramah agama.

Macam gitulah :D
Ni artikel aku copy paste sebenarnya. Korang jangan buat pulak apa yang aku tulis kat atas. Aku cuma nak tekankan pandangan aku terhadap sesetengah bekas artis yang berdakwah.

Ada di antara mereka, setelah insaf, mereka jadi pendakwah. Ya, itu bagus kerana berdakwah adalah tanggungjawab SETIAP individu. Tapi disebabkan kurangnya ilmu, mereka ni menyampaikan ceramah secara semberono. Masa ceramah dok maki-hamun orang. Semua benda bodoh. Ceramah pun takde dalil.

Sebenarnya, inilah pemikiran masyarakat kita. Asalkan artis itu sudah insaf, maka dia boleh la bagi ceramah-ceramah agama. Tahap pemikiran ni adalah tahap pemikiran yang sangat rendah. Bukankah lebih baik bagi peluang kat orang-orang yang lebih layak untuk menyampaikan ceramah walaupun mereka tu bukan ustaz atau ustazah?

Apa pun, aku kagum dengan Sham Kamikaze. Semoga penghijrahan beliau membakar semangat kita :)
InsyaAllah ..

Syukran Jazilan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...