Penat.




Assalamualaikum semua dan selamat petang.

Anuar sekarang dah jarang online.Balek sekolah pun lambat.Pukul 4 setiap hari.Kecuali hari Jumaat.Banyak benda nak kena buat.Homework banyak.Tak sah kalau tak dak homework.Penat wuuu.Bila dah mai form 3 ni selalu sibuk.Biasalah nak PMR kan.Sesiapa yang penah lalui form 3 tu dia tau la.Betapa sibuknya.

Nanti nak ada tusyen lagi.Lagi penat la kena study.Penat-penat.Tak sempat nak online lama-lama.Kalau online pun kejap-kejap je.Sebab tu sekarang ni Anuar jarang update dah.Belog Anuar pun dok serabut.Sekarang ni dok ubahsuai sedikit demi sedikit.

Cakap pasai sekolah ni,semua orang penah p sekolah.Toi dak? Hahaha.P sekolah nak belajar.Bukan nak main.Kan-kan? Haaa.Tapi banyak remaja sekarang ni dok main banyak dari belajar.Penat cikgu tu mengajar.Yang kat belakang dok sembang.Nanti cikgu tanya gaduh la tak tau.Anuar pernah melaluinya.Hehehe.

Tahun ni kena Focus lah.Nak PMR.Macam-macam nak kena buat.Tahun ni jugak perlu guna banyak duit.Nak beli macam-macam.Nak bayar duit kelas la.Beli buku rujukan.Buku tulis.Macam-macam lah.Kesian dekat parent.Nak mintak duit pun segan.Tapi terpaksa jugaklah dah kita ni tak dak duit nak buat macam mana.
Tahun ni dapat cikgu baik-baik sikit.Okay la dapat belajar dengan aman dan damai.Tahun lepas dapat cikgu garang-garang.Nak belajar pun gerun.Tengok muka pun dah gerun.Hahaha.Dapat cikgu yang sporting syok gak.Nak tanya pa senang.Toi dak?

Dah la setakat ni.Anuar dah penat nak update.Baru balek sekolah ni.Tadi ada Koko.Penat Dowwww ! K Assalamualaikum.Jaga Diri Jaga Iman.

Syukran Jazilan.

2 comments:

Unknown said...

wahh betul2 busy ya, tp takpa demi pelajaran. bagus tu, teruskan usaha tau! nanti insyaallah dpt result pmr cemerlang ya :)

Boboi Boy said...

InsyaAllah.Terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...